Pusat Latihan Keusahawanan Ketereh

Pusat Latihan Keusahawanan Ketereh

Soalan Lazim

Antara soalan-soalan yang menjadi kelaziman bagi peserta dan pelajar mengenai empower ECER Ketereh:-

Akademik


1. Adakah semua pelajar terpilih mengikuti program empower ECER Ketereh?
Jawapan: Tidak semua pelajar terpilih mengikuti program ini. Hanya pelajar yang terpilih dapat mengikuti program ini. Pemilihan pelajar dilakukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama guru-guru dari sekolah yang terlibat di mana pelajar-pelajar ini merangkumi pelbagai tahap dan taraf hidup.

2. Adakah semua sekolah dikawasan Ketereh terlibat dalam program ini?
Jawapan: Tidak, hanya 7 sekolah di kawsan Ketereh yang terlibat.

3. Apakah kelebihan pelajar yang mengikuti program empower ECER Ketereh?
Jawapan: Pelajar-pelajar angkat empower ECER Ketereh dapat mengikuti pelbagai program-program akademik yang dianjurkan oleh empower ECER Ketereh dengan percuma.

4. Saya berminat untuk menjadi pelajar di bawah program ini, bagaimanakah caranya?
Jawapan: Hanya pelajar yang terpilih sahaja dapat mengikuti program ini.

Keusahawanan


1. Saya tinggal di kawasan luar Ketereh, bolehkah saya mengikuti kursus keusahawanan di Ketereh?
Jawapan : Boleh sekiranya anda tiada apa-apa halangan untuk mengikuti kelas seminggu sekali yang akan diadakan di Pusat Latihan Keusahawan Ketereh. Sekiranya anda tinggal berhampiran dengan Bachok ataupun Jeli, anda boleh mendaftar kursus keusahawanan di sana. Namun kami tidak menggalakan peserta luar dari Ketereh untuk mendaftar kerana bimbang akan ketidakadilan dari segi bantuan ataupun keistimewaan.

2. Adakah di tempat lain juga terdapat kursus seperti ini?
Jawapan : Ada, selain Ketereh, latihan ini terdapat di Beris Kubur Besar, Bachok dan di Jeli. Anda boleh menghubungi mereka untuk keterengan lebih lanjut. Bachok - 09-764 9595; Jeli - 09-944 8454.

3.Sekiranya saya bekas peserta dari pusat latihan keusahawanan Bachok ataupun Jeli, bolehkan saya menghadiri kursus keusahawanan di Ketereh?
Jawapan : Tidak boleh. Ini kerana data ada sudah wujud di pusat-pusat terbabit.

4. Saya sudah berniaga dan ingin meminta bantuan seperti alatan dan modal, adakah pihak empower menyediakan kidmat tersebut?
Jawapan : Tidak, kami tidak memberi sebarang bantuan bantuan modal ataupun alatan. Kami hanya menyediakan kursus berbentuk kemahiran kepada peserta. Namun, pihak kami akan sentiasa berurusan dengan agensi-agensi yang terlibat bagi memohon sebarang bentuk bantuan modal ataupun alatan kepada peserta kami.

5. Saya seorang lepasan SPM dan ingin mengisi masa terluang saya sebelum menerima apa-apa tawaran belajar ke IPTA ataupun IPTS, bolehkah saya mengikuti kursus-kursus ini?
Jawapan : Kami tidak menggalakkan lepasan SPM, STPM dan sebagainya untuk mengikuti kursus ini kerana jangka masa sesuatu kursus adalah dalam lingkungan 6 bulan. Sekiranya anda menerima tawaran ke IPTA ataupun IPTS anda terpaksa berhenti dari mengikuti kursus ini.

6. Saya melihat banyak kursus ditawarkan, saya ingin mendaftar untuk tiga kursus, bolehkah saya berbuat demikian?
Jawapan : Tidak boleh, peserta hanya dibenarkan untuk mengikuti SATU kursus sahaja untuk satu-satu tempoh pembelajaran.

7. Saya berminat untuk mengikuti kursus ini, masih ada kekosongan lagi ke untuk tahun ini?
Jawapan : Maaf, kami belum membuka pendaftaran baru untuk tahun 2016.

8. Bilakah pengambilan baharu akan dibuat?
Jawapan : Kami belum pasti bila akan dibuka untuk pengambilan baharu, sekiranya kami menerima arahan untuk berbuat demikian, kami akan war-warkan di facebook kami ataupun di laman web ini.

9. Saya berminat untuk mengikuti kursus ini pada tahun hadapan, apa yang perlu saya buat?
Jawapan : Sekiranya tuan/puan/cik berminat untuk mengikuti kursus ini, anda bolehlah melayari laman web ini ataupun akaun facebook kami bagi mengetahui bilakah permohonan baru akan dibuka. Tuan/puan juga boleh menghubungi pejabat untuk pertanyaan.

10. Di manakah kursus-kursus ini akan dijalankan?
Jawapan : Kursus-kursus ini akan di jalankan di Pusat Latihan Kemahiran Keusahawanan Ketereh yang terletak bersebelahan dengan MacDonald Kok Lanas.

11. Berapa lamakah satu kursus akan dijalankan?
Jawapan : Setiap kursus akan dijalankan dalam tempoh masa 3 jam hingga 4 jam, iaitu sekali dalam seminggu selama 6 bulan ataupun lebih.

12. Adakah saya perlu menghadiri setiap kelas?
Jawapan : Ya, kehadiran adalah wajib, sijil tidak akan diberikan jika kehadiran anda tidak menjapai KPI yang dikehendaki.

13. Sekiranya saya tidak dapat datang ke kelas kerana ada halangan yang mustahak seperti kematian, sakit atau sebagainya, bagaimana pula?
Jawapan : Anda diharuskan untuk menghibungi kami untuk memaklumkan ketidakhadiran anda. Ini mengelakkan dari nama anda dibuang.

14. Adakah saya boleh membawa anak-anak saya ke kelas?
Jawapan : Kami tidak menggalakkan anda membawa anak-anak ke pusat latihan.

15. Saya bekerja, boleh ke saya mengikuti kursus ini?
Jawapan : Boleh, sekiranya anda tidak bekerja pada hari kursus tersebut.

No comments:

Post a Comment