Pusat Latihan Keusahawanan Ketereh

Pusat Latihan Keusahawanan Ketereh

Sunday, November 30, 2014

Program Kesedaran Kesihatan Wanita anjuran Klinik Kesihatan Kok Lanas bekerjasama dengan empower ECER Ketereh

[Aktiviti]Salam empower.. Kepada peserta empower semua dan warga kok lanas.. Pada hari rabu ini (3/12/2014) bakal berlangsungnya program Kesedaran Kesihatan Wanita disamping pelbagai aktiviti menarik.. Terdapat juga senaman khas untuk wanita, ceramah kesihatan wanita oleh doktor dari klinik kesihatan kok lanas, pameran kesihatan wanita, saringan kesihatan wanita (PAP SMEAR, pemeriksaan payudara), urutan kesihatan*, spa kecantikan*, pameran produk2 peserta, pameran dari shaklee,elken dan giffarine.. Program ini adalah kerjasama empower ECER Ketereh dan panel kesihatan klinik kesihatan Kok Lanas. Masuk adalah percuma dan makanan akan disediakan disamping cabutan bertuah.. Kepada yang berminat bolehlah datang ke pusat latihan keusahawan Ketereh (sebelah mac donald) pada hari berkenaan dengan berpakaian sukan (tidak perlu pakai kasut sukan). Program ini berlangsung dari pukul 9.00 pg hingga 1.00 ptg. Jom sihat bersama empower..

Tuesday, November 25, 2014

Tahniah dan Syabas Pelajar UPSR

[Keputusan UPSR] Berakhirlah sudah penantian adik2 yang menghadapi peperiksaan UPSR baru-baru ini. Keputusan dah diketahui. Tahniah dan syabas kepada adik2 yang berjaya memperolehi keputusan 5A khasnya kepada pelajar di SK Kadok, SK Kok Lanas dan SK Melor. Terima kasih kepada tenaga pengajar yang telah bersusah payah untuk kecemerlangan anak-anak. Sungguhpun keputusan tahun ini menurun dari segi tahap kecemerlangan namun menampakkan peningkatan dari segi kelulusan dan GPS pelajar. Syukur. Kepada yang tidak mendapat keputusan yang dihajati, jangan lah bersedih. Sesungguhnya adik-adik telah berusaha sedaya mungkin dan sehabis baik. Namun nasib tidak menyebelahi adik-adik. Peluang masih ada untuk PT3 dan SPM. Itu bakal mencorakkan hidup adik-adik nanti. Berusaha dan teruskan berusaha. ^^

Selamat Berjaya Anak-anak empower ECER Ketereh

[UPSR] Esok bakal terjawablah segala penat lelah dan usaha adik-adik serta guru-guru yang berusaha sehabis daya untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR tahun ini. Diharapkan semua sekolah mendapat keputusan yang baik terutamanya SK Kok Lanas, SK Kadok dan SK Melor. Tiada apa yang kami di empower harapkan kecuali kejayaan-kejayaan anak-anak empower sekalian. Semoga berjaya memperolehi kejayaan yang hakiki seterusnya berjaya menjadi insan yang mulia dan mampu memberi kidmat kepada masyarakat. Semoga berjaya.

Friday, November 21, 2014

Pertandingan Nasyid Puteri Umno Sempena Maulidur Rasul

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Nasyid empower ECER Ketereh yang berjaya menduduki tangga ke 5 daripada 20 buah kumpulan yang bertanding. Ini merupakan salah satu semangat yang ditunjukkan oleh peserta empower. Terima kasih dan syabas.

Wednesday, November 5, 2014

PERHATIAN!!

Salam Empower semua.
Untuk makluman semua, kami sedang menjalankan aktiviti melengkapkan maklumat para peserta empower ECER Ketereh. Kepada pesrta-peserta yang menerima mesej dan panggilan daripada pihak kami yang meminta anda mengemukakan dokument-dokument seperti salinan IC dan gambar berukuran pasport. Sila berbuat demikian dengan menyediakan dokument tersebut dan menghantar kepada pihak kami di Pusat Latihan Keusahawanan Ketereh. Kerjasama dari pihak peserta amatlah dihargai. Sekian terima kasih.

Monday, November 3, 2014

Pembukaan Laman Web empower ECER Ketereh

Selamat datang kepada semua ke laman web empower ECER Ketereh. Laman web ini diwujudkan bagi memudahkan para penduduk dan rakyat di sekitar kelantan kursusnya di Ketereh bagi medapatkan maklumat mengenai empower ECER Ketereh. Blog ini bertujuan memudahkan peserta dan bakal peserta mengikuti perkembangan-perkembangan dari pihak empower ECER Ketereh. Blog ini juga akan mengetegahkan produk-produk yang telah dihasilkan oleh peserta dan promosi-promosi yang dibuat oleh peserta kami. Segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Latihan Keusahawanan Ketereh akan di siarkan disini.