Pusat Latihan Keusahawanan Ketereh

Tentang Kami
Empower ECER Ketereh merupakan satu program pembangunan modal insan di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Kami menyediakan kursus-kursus kemahiran secara PERCUMA kepada seluruh warga Ketereh, Kelantan.
Mula beroperasi pada Mac 2014, Empower ECER Ketereh kini mempunyai 400 peserta kursus kemahiran dan 640 pelajar angkat yang terdiri daripada pelajar-pelajar UPSR, PT3 dan SPM.
Pada masa ini, kursus-kursus perniagaan tidak dijalankan namun kami tertumpu kepada pemantauan kepada alumni-alumni empower ECER Ketereh dengan mengukuti dan mengemaskini maklumat perniagaan yang mereka jalankan selepas menjalani program di empower ECER Ketereh ini.
Latihan keusahawanan ini berlangsung hanya SEKALI SEMINGGU samada pada hari JUMAAT ATAUPUN hari SABTU.
Peserta haruslah tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih 55 tahun bagi melayakkan mereka menyertai program ini.
Dimana setiap peserta haruslah mempunyai minat dan keinginan untuk berniaga sekaligus menambah pendapatan bagi mendapat kehidupan yang lebih sempurna.
Peserta juga diharap dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang berterusan sepanjang menyertai program ini. Kami sangat mengharapkan peserta yang dapat memberikan komitmen 100%.
Kami mengamalkan konsep teori dan amali yang mana setiap kali kelas para peserta akan membuat amali mengenai topik yang diajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment